Sunday 16 November 2014

LUAHAN HATI SEORANG BAPA


 contoh gambaran...............

Dalam suatu riwayat di kemukan seorang tua yang mnghadap kepada Rasullah dan berkata, " wahai Rasullah! anakku ini sangat kaya raya, namun tidak sedikit pun memberi belanja kepadaku. " Di saat itu jibril turun memberitahu ku bahawa orang yang berbicara itu telah mengubah sebuah syair yang sangat indah untuk melukiskan kegundahan hatinya terhadap anaknya.
Mendengar khabar itu nabi pun meminta agar orang tersebut melantunkan syair:

Ketika kau lahir ke dunia fana ini,
Aku peroleh limpahan nikmat Allah,
Engkau tiada hentinya menuntut,
Ku usahakan selalu memenuhinya,

Apabila engkau sakit,
Sekejap pun mataku tak tertutup
Tiada hentinya menangismu,
Khuatir akan nasibmu,

Namun takala kau telah baligh
dan tenaga ku telah habis,
Engakau jua yang berkasar kepadaku,
Bagaikan penguasa memberi nikmat,
 Tiada banyak yang ku minta,
Sekadar memandang aku sebagai
tetanggamu seikhwa,
Abaikan sahaja hak kebapakanmu

فى الحديث رواية : رضا رب فى رضا الوالد
وسخط رب فى سخط الوالد
Redha tuhan bergantung kepada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada murkanya orang tua.

No comments:

Post a Comment