Sunday 16 November 2014

BERSEDEKAH



KISAH TAULADAN ORANG YANG BERSEDEKAH

Ada sepasang isteri yang sedang hamil terbau makanan sedap sangat di rumah jirannya, maka si isteri menyuruh suaminya meminta sedikit makanan daripada tuan rumah disebabkan ia mengidam, pada awalnya si suami enggan kerna malu tetapi apabila isterinya desak dia pun pergi..

Dan setiba di rumah jirannya si suami mengetuk pintu rumahnya dan memberitahu hajatnya, apa yang engkau buat? maka jawab tuan rumah, aku sedang memanggang ayam. Maka si suami meminta secebis ayam tadi keran isterinya mengidam..

Tapi lelaki itu hanya berdiam sahaja, maka tidak lama kemudian, ia berkata, ayam ini di bolehkan untuk aku tp haram untuk isteri engkau.

maka si suami berkata apa maksud kau?

Aku dah 3 hari tak makan apa2, jadi semasa aku berjalan aku ternampak bangkai ayam ditepi jalan , maka aku ambil dan aku bersihkan , kemudian aku panggang. Apabila dengar cerita lelaki itu tadi, sedih rasa hati si suami, apabila dia mengetahui jirannya 3 hari tak makan.

Kebetulan pada hari itu dia dan isterinya berhajat menunaikan haji, tapi apabila dia melihat jirannya kesusahan, setiba di rumah dia ambil duit hajinya terus sedekah pada orang tadi dan berkata ambillah haji aku. Maka orang itu berkata terima kasih...

Sementara pula di Mekah, orang sedang menunaikan haji, imam masjidilharam bermimpi mendengar perbualan antara malaikat..

Malaikat  1: Tahun ini ramai menunaikan haji, tapi semuanya haji tahun ini tidak mamrur.
Malaikat  2:  Begitu sedih mendengar berita itu, tapi Kenapa?
Malaikat  1: Tp tak mengapa haji mereka sedah pun di mamrur kan di sebabkan si pulan yang             besedekah hajinya pada orang miskin dan telah menyelamatkan berjuta2 manusia yang  melakukan haji pada tahun ini.
Malaikat  2: Terus gembira mengetahui berita itu.

Kemudian imam itu tersedar dari mimpi


LUAHAN HATI SEORANG BAPA


 contoh gambaran...............

Dalam suatu riwayat di kemukan seorang tua yang mnghadap kepada Rasullah dan berkata, " wahai Rasullah! anakku ini sangat kaya raya, namun tidak sedikit pun memberi belanja kepadaku. " Di saat itu jibril turun memberitahu ku bahawa orang yang berbicara itu telah mengubah sebuah syair yang sangat indah untuk melukiskan kegundahan hatinya terhadap anaknya.
Mendengar khabar itu nabi pun meminta agar orang tersebut melantunkan syair:

Ketika kau lahir ke dunia fana ini,
Aku peroleh limpahan nikmat Allah,
Engkau tiada hentinya menuntut,
Ku usahakan selalu memenuhinya,

Apabila engkau sakit,
Sekejap pun mataku tak tertutup
Tiada hentinya menangismu,
Khuatir akan nasibmu,

Namun takala kau telah baligh
dan tenaga ku telah habis,
Engakau jua yang berkasar kepadaku,
Bagaikan penguasa memberi nikmat,
 Tiada banyak yang ku minta,
Sekadar memandang aku sebagai
tetanggamu seikhwa,
Abaikan sahaja hak kebapakanmu

فى الحديث رواية : رضا رب فى رضا الوالد
وسخط رب فى سخط الوالد
Redha tuhan bergantung kepada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada murkanya orang tua.

SAJAK BERTEMA KECINTAAN


Sajak ini dari Aminah Qutb.
Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh kepada tokoh  terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung karana ketajaman penanya...

Sekiranya....
Kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta pada kita
tetapi sekiranya,
kita cintakepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya ...
Kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta kepada Allah

YaAllah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehmu kepada ku

Maka
Campakanlah kedalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranamu,
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepada ku adalah kerana mu

Namun,
Andainya  bukanlah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang kau berikan..